U Are LUCKY!!
Beruntungnya..semoga kita adalah insan terpilih itu.. untuk tunaikan solat tahajud❤
Tahajud itu bukan ditentukan dengan ukuran kita mampu bangun di malam hari atau tidak. Tapi ia tentang hati kita, adakah hati kita mahu atau tidak bertahajud 🥺
Banyak sebenarnya contoh orang yang mampu bangun malam. Dia bangun malam kerana nak buang air, kerana dahaga, kerana anak menangis dan lain-lain lagi.
Tapi kerana hatinya tiada keinginan untuk solat tahajud maka terus saja dia tidur. Lalu dia beralasan sukar bangkit tahajud kerana susah bangun malam padahal hatinya sendiri yang tak pernah ingin menghampar sejadah bersolat tahajud di malam hari.
Sebelum tidur, niat dan berdoa nak bangun Tahajud. Semoga Allah bangunkan kita untuk "berbual-bual" dengan Nya.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua utk bangun Tahajjud pada malam ini dan malam2 seterusnya. Aamiin Ya Allah Ya Mujib♥️
Shikin Roslan
Your Healthy Worth Brilliant Favors 😍
Comments
Post a Comment