Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Ibnu Abbas berkata: "Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu".
Selepas doa(awal tahun) dibaca, berkatalah syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun".
Selepas dibaca doa akhir tahun, syaitan berkata, "Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".
Doa awal tahun dan akhir tahun Hijrah
Bacaan doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir Asar/ sebelum masuk Maghrib ( petang ni,09 Ogos 2021)
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram(waktu Maghrib Isnin,09 Ogos 2021)
Salam Awal Muharram 1443 Hijrah ❤️


Comments
Post a Comment