Kematian yang dicemburui
Kembalinya dia pada Sang Pencipta tanggal 09 Ogos 2021 jam 0513pagi..Kematiannya dicemburui segenap pelusuk rakyat Malaysia yang kini dibebani dengan tekanan hidup asbab pandemik yang belum nampak jalan mundur.
Dia insan terpilih.. Dia dipilih Allah untuk kembali ke negeri abadi setelah melahirkan dan diambil kembali ketika wabak covid 19..pada hari terakhir bulan haram.. moga syurga buatmu wahai bidadari @sitisarahraissuddin 🌹
Pemergiannya ditangisi seluruh Malaysia.. Asbab kebaikan yang dia buat di dunia ni.. Allahuakbar! Digambarkan dia seorang anak yang baik.. Isteri yg taat.. Ibu yang penyayang.. Bos yang sangat prihatin dan banyak lagi kebaikan yang dia buat.. Dan boleh jadi contoh dan teladan yang baik buat wanita².
Semoga @shuibsepahtu diberikan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi hari² mendatang.. Mendidik dan membesarkan amanah² Allah yang ditinggalkan setelah dijemput Illahi🤲
Duhai ALMARHUMAH SITI SARAH BINTI RAISSUDDIN
Jua buat semua ibu yang tabah
Walaupun sebahagian kalian telah rebah
Menjadi sebahagian sejarah musibah
Menjadi satu muhasabah buat ummah
Akhirnya taqdir ALLAH mengatasi semuanya
Dengan seribu hikmah dariNya
Tersingkap di Dunia atau di Akhirat sana
Semoga dirimu dalam rahmat ya Esa
Allahu Akbar 😔
Mari bersama kita mendoakan agar Almarhumah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 🤲
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia."
وَاَكْرِمْ نُزُلَهَا وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
Maksudnya: "Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran."
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ قُبْرَهَا رَوْضَةً مِنْ رِيَاضِ الجِنَانِ، وَلَا تَجْعَلْ قُبْرَهَا حُفْرَةً مِنْ حُفَرِ النِّيْرَانِ
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu.”
Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT. 🤲
Moga dirimu dan semua ummat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :
قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ
Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)
Aamiin Ya Rabbal Alamin
Al-Fatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Marilah sama² kita sedekahkan alfatihah dan doakan allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin ditempatkan dikalangan para syuhada 🤲🤲🤲
Allah knows the best.. Semoga keluarganya terus tabah dalam menghadapi hari² mendatang dan membesarkan amanah² Allah yang sarah tinggalkan ♥️

Comments
Post a Comment