16 Doa Rezeki Tak Putus-Putus

AMALKAN 16 DOA INI..INSHAALLAH REZEKI TAK PUTUS-PUTUS

Berdoa merupakan salah satu senjata kita sebagai seorang hamba untuk meminta berbagai kebaikan kepada Allah SWT.

Selain meminta pelbagai kebaikan, berikut merupakan bacaan doa pembuka pintu rezeki, lengkap dengan Bahasa Arab dan ertinya.

Rezeki merupakan pemberian dari Allah yang harus disyukuri.

Usaha, tawakal serta amalan-amalan yang wajib dianjurkan agar kita beroleh kehidupan yang berkah. Kita juga boleh cuba amalkan 16 doa ini secara ISTIQOMAH. InshaAllah rezeki datang melimpah ruah..Aamiin 🤲

1. Doa Agar Rezeki Lancar

  اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَامُغْنِيْ أَغْنِنِيْ غِنًى أَبَدًا وَيَاعَزِيْزُ يَامُعِزُّ أَعِزَّنِيْ بِإِعْزَازٍ عِزَّةَ قُدْرَتِكَ وَيَامُيَسِّرَاْلأُمُوْرِ يَسِّرْ لِيْ أُمُوْرَ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ يَاخَيْرَ مَنْ يُرْجَى يَا اللهُ

“Ya Allah, Dzat Yang Maha Kaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Maha Mulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan Kemuliaan dan KekuasaanMu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, Ya Allah.”

2. Doa Agar Rezeki Bertambah

                      اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُوْهِنَا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا وَاٰثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا 

“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”

3. Doa Agar Diberi Rezeki Halal

      اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ أَنْ تَرْزُقَنِيْ رِزْقًا حَلاَلاً وَاسِعًا طَيِّبًا مِنْ غَيْرِ تَعَبٍ وَلاَ مَشَقَّةٍ وَلاَ ضَيْرٍ 
 إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”

4. Doa Agar Diberi Rezeki yang Berkat

                 اَللّٰهًمَّ اَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيْ وَوَسِّعْ لِيْ فِيْ دَارِيْ وَبَارِكْ لِيْ فِيْ رِزْقِيْ

Ya Allah perbaikilah agamaku (yang menjadi pokok urusanku) lapangkanlah tempat tinggalku, dan berikanlah keberkahan pada rezekiku.”

5. Doa Nabi Isa Agar Mendapat Rezeki yang Tak Disangka-Sangka 

  رَبَّنَا اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا ِلاَوَّلِنَا وَاٰخِرِنَا وَاٰيَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ 
الرَّازِقِيْنَ

 Ya Allah,  Ya Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.” (Surah al-Maidah – 5:114)


6. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan
 
 رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”( Surah al-Qasas – 28:24)


7. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan
    
         حَسْبِيَ اللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ ۗ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

"Cukuplah bagiku Allah (Yang Menolong dan Memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”(Surah at-Taubah – 9:129)

  
8. Doa Semoga Beroleh Rezeki

   وَمَا مِنْ دَاۤبَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ

"Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud – 11:6)


9. Doa Nabi Sulaiman Yang Memohon Rezeki Dan Kerajaan Yang Hebat

                                   قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَهَبْ لِيْ مُلْكًا لَّا يَنْۢبَغِيْ لِاَحَدٍ مِّنْۢ بَعْدِيْۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh siapa pun setelahku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (Surah Sad, ayat 35)


10. Doa Murah Rezeki

         اَللّٰهُ لَطِيْفٌۢ بِعِبَادِهٖ يَرْزُقُ مَنْ يَّشَاۤءُ ۚوَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيْزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah asy-Syura – 42:19)


11. Doa Amalan Setiap Pagi

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلً

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (disisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).”


12. Doa Rezeki Halal

                          اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ  
 
 "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu.” 

13. Doa Agar Diberi Rezeki 

 اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ رَزَقَنِىْ هذَا مِنْ خَيْرِ حَوْلٍ مِنِّى وَلاَقُوَّةٍ، اَللهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ

"Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepadaku dengan tidak ada daya dan kekuatan bagiku, ya Allah semoga Engkau berkahi pada rezekiku."

14. Doa Memohon Rezeki Yang Tak Putus-Putus  

                                                 إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُۥ مِن نَّفَادٍ 

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis."

15. Doa Pembuka Pintu Rezeki

         اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْقِلَّةِ وَالذِّلَّةِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kemiskinan, kehinaan. Dan aku berlindung kepadaMu daripada menzalimi diriku atau dizalimi.”(HR. Ahmad dan Abu Daud)


16. Doa Nabi Muhammad S.A.W

     اللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْسَعَ رِزْقِكَ عَلَيَّ عِنْدَ كِبَرِ سِنِّي , وَانْقِطَاعِ عُمْرِي , وَقُرْبِ أَجَلِ 

“Ya Allah, jadikanlah keluasan rezekiMu padaku disaat usia senjaku, disaat putusnya umurku dan  disaat dekatnya ajalku.”

Berdoa itu jangan menunggu kita memerlukan ataupun dalam kesusahan, tapi berdoalah di setiap keadaan.

     مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالكَرْبِ فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

Sabda Nabi saw, “Barangsiapa yang suka Allah mengabulkan doanya ketika susah dan menderita, maka hendaknya dia memperbanyak doa ketika lapang.”(HR. Tirmidzi)

Wallahua’alam. Semoga bermanfaat. 😊


Shikin Roslan 
Your Healthy Worth Brilliant Favors 😍








Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Shaklee?

U Are LUCKY!!

Tatacara Solat Taubat